KELAHIRAN SEMULA O'MATAJARI


O'matajari, sekali sebut dan dengar umpama bunyi dari bahasa Jepun. Bakat seni lokeh anak tempatan berasal dari Tanjung Rambutan bermula dari bangku sekolah lagi. Beliau telah menjadi tunjang utama dalam beberapa siri conteng menconteng di St Michael Institution, Ipoh semasa zaman persekolahannya.

Kemudian, setelah berakhir zaman peng'asramaan' beliau di St Michael, beliau bertemu dengan sahabat komplot beliau, Faizul a.k.a Waq dan mereka bersama membikin karya kad - kad 'custom' dan 'live sketching' di sekitar Tanjung Rambutan dan Simpang Pulai, dan menubuhkan Jangguttouch pada tahun 2003/2004. Beliau sebagai 'sketcher' manakala Waq selaku 'typographer' dan Jangguttouch berkembang dari situ.

Kini beliau kembali aktif berkarya, dan memulakan kembali sebagai pelukis. Pada mulanya beliau hanya melukis untuk mengisi masa lapang, dan membuat satu 'group' FB 'Lokeh' untuk sama - sama berkongsi minat dan karya dengan rakan yang lain, dan kini beliau kembali menjual hasil karya beliau.

Aku berkesempatan bersama beliau untuk menjual hasil 'repro printing' lukisan beliau dan ada juga tempahan lukisan dari awam sempena Majlis 'Reunion' STAR, Ipoh Sabtu lalu. Setakat ini, hasil karya beliau bertemakan kawasan - kawasan menarik dari Ipoh dalam bentuk poskad dan gambar berbingkai.

Aku kongsikan bersama pengalaman pertama aku menjual karya seni bersama enche' o'matajari a.k.a Syaiful Jangguttouch. Sekiranya berminat, hubungilah beliau untuk pertanyaan dan pembelian hasil karyanya.

Klik pautan bawah ni, tak kenal maka tak chenta!
www.omatajari.blogspot.com
www.facebook.com/epoi.jangguttouch


Gaya beliau persis iklan gambar thukang urut surat khabar Utusan Melayu awal 90an dahulu. 

STAR, Ipoh sempena majlis sekolah tersebut

Sedang melakar Pusat Sumber Bistari atas permintaan pelanggan

Selesai melakar, di tambah perisa warna yang dibenarkan
90 peratus siap....

Melukis potret keluarga

Tekun benor miker!

'Touch up and detailing' 

Senjata O'matajari

Poskad. Dapatkan segera!

Antara buku - buku contengan O'matajari








No comments:

Post a Comment