KE KUALA LUMPUR UNTUK PAMERAN ART ON PAPER 29 SEPT 2015.


Julung kali Epoi O'matajari berpeluang mempamerkan hasil kerja beliau, atas berkat kerajinan melokeh dan pintu peluang oleh Mashitah Nur Sabaruddin a.k.a Mashdar Legacy memberi nama Epoi kepada Irwan Idris selaku kurator.
Aku dan Irwan Idris berkawan di dalam Facebook cuma belum berpeluang untuk berjumpa (semua artist yang  'fb friend' dengan aku kebanyakkan adalah kawan Kamal Sabran, yang mana aku dahulu aktif ikut Kamal).

Perjalanan kami sebenarnya, tidaklah dirancang, sekadar ber'whatsapp' di dalam grup kemudian aku terus tawar diri untuk membeli tiket keretapi pergi dan balik, benda yang aku minat, lagipun aku dahulu memang minat melukis dan rajin juga bikin potret, landskap dan sebagainya, dan kemudiannya hidup aku 360 darjah berubah setelah aku bekerjaya (Pos Malaysia), jadi sekarang ni, tahun demi tahun, aku 'jumpa balik' diri aku yang sebenarnya.
Berbalik kepada perjalanan kami, bertolak jam 10.35 pagi dengan menaiki KTM Ekspres Rakyat, Epoi sempat bikin satu 'live sketch' suasana dalam keretapi, lepas tu berbual - bual, berborak - borak dan tidor sekejap. Kami sampai KL Sentral dalam jam 1.40 petang.

Berbekalkan Google maps Lenovo AP set aku yang dah barai ni, kami meneruskan misi mencari Hotel Sri Pacific, berhampiran PWTC. Sehari sebelum itu, Epoi dalam perjalanan balik dari Port Dickson ke Ipoh dan singgah untuk menghantar artworknya, mujur Epoi kenal kawasan yang dicari.
Dari KL Sentral kami naik LRT Putra ke Masjid Jamek, semasa menaiki Platform,

   Epoi tegur aku,
" Salah platform ni rasanya..."

  Dengan tenang dan penuh keyakinan aku membalas,
" Jom je, sesat bukan mati pun..."

ternyata telahan Epoi benar, aku malu alah, degil tak nak dengor cakap orang lebih tua..haha

Perasaan aku seperti brader dihujung tu tatkala malu alah salah memilih platform.
Snapshot LRT yang kami naiki.


Kami turun di stesen Bangsar, kemudian terus naik kembali ke platform yang sebenar, dan setiba di platform Masjid Jamek, kami tukar tren menghala ke PWTC. Perut aku lapar sangat, jam menunjukkan pukul 2.20 petang. Ah, chantek, tak jauh dari stesen tersebut, dicelah - celah metropolitan, celah - celah kemewahan, terdapat medan selera marhaen seperti kami. Kami menjamu selera disitu, dengan harga yang berpatutan. Perjalanan dari Medan Selera ke Hotel tersebut hanyalah dalam 150 meter sahaja.

Brader yang menghiburkan kami semasa menjamu selera, respek dan kagum atas kesunggohan beliau menyanyi walaupun off key.


Kami boleh dikatakan antara yang terawal yang tiba di lobi hotel tersebut, ramai nama besar dalam seni lukis ni, maaf dengan jujurnya aku tidak mengenali mereka, namun mereka antara nama - nama besar dalam seni tanahair, yang aku kenal dan baru kenal adalah,
Oldtimer Tuan Yusuf Gajah, kartunis Tembakau, saudara Zahuri (aku sangat minat lukisan wide angle beliau), saudara Syuq Tone, saudari Zarina Abdullah, saudara Hisham ( seorang arkitek dengan lukisan yang sangat detail dan garisan yang lurus seperti lukisan pelan ) dan beberapa nama besar lagi, tidak dilupakan saudara Irwan Idris yang kini selain sibuk menjadi kurator untuk pameran ini, juga aktif selaku pengarah seni dan tak salah aku ada mengarah drama.

ARTISERI GALLERY. Support your local artist yo!
Dari kiri : Tuan Yusuf Gajah, wakil dari Hotel Seri Pacific, tuan Bade Hj Azmi, dan tuan kurator, Irwan Idris
(aku bukan jurugambar majlis ya)


Senarai artist

Artwork Epoi O'matajari

Salute!

Artwork Epoi O'matajari

Bukan senang nak letak harga, ini kira murah ni, paling mahal yang aku perasan RM8k.

Sempoi juga art ni, tak kesempatan nak tanya siapa empunya hasil kerja, maaf ya.

Antara artwork yang dipamerkan

Aku teringin jugak nak gantung artwork aku dalam pameran sebegini .

Aku sangat minat hasil kerja Tuan Zahuri, selain artwork Epoi, aku gigih menyimpan wang untuk membeli hasil lukisannya kelak.

Yeah, berpeluang bergambar dan berkenalan. Rileks yo oghang nya, oghang nogori yo.

Pameran masih berlangsung dari 29 September hingga 12 Oktober 2015.

Geng Jangguttouch juga banyak memberi sokongan moral terhadap Epoi, Zam sempat menghadirkan diri,walau sekejap manakala Naqiuddin sempat berjumpa kami di KL Sentral sebelum kami pulang ke Ipoh, dan yang lain - lain turut memberi semangat dalam media 'whatsapp'.

Epoi dan Zam 

Epoi dan Naqiuddin

Alhamdulillah perjalanan balik kami lancar, banyak bersenam berjalan kaki, dan walau aku makan nasik tambah di Medan Selera, masa minum petang yang disediakan pihak hotel, aku bantai lagi mee goreng mamak, sehinggakan Epoi ketawa tengok 'food consumption' aku. Tengah malam sampai Ipoh, aku bantai lagi nasi goreng USA kat Tambun dengan Epoi, dan kemudian roti bawang kat Naina Tasek dengan Jiman.

Pastu aku kompelin, apasal tak kuruih - kuruih!


 

No comments:

Post a Comment